Kursus Intensif Persediaan Mengajar (KIPM) 1.0

KOTA BHARU, 25 & 26 JANUARI 2020 – Telah berlangsung Kursus Intensif Persediaan Mengajar (KIPM) 1.0 bertempat di Intitusi Pendidikan Guru Kampus Kota Baru anjuran Jabatan SRITI Negeri Kelantan. Kursus berlangsung selama dua hari bermula jam 8 pagi pendaftaran sehingga 5.30 petang.

Antara objektif yang telah digariskan oleh SRITI Negeri Kelantan ialah memberi maklumat asas tentang SRITI, memberi pendedahan tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran serta membantu guru SRITI membuat persediaan mengajar.

Untuk menjayakan objektif-objektif yang telah digariskan oleh pihak pengajur, kursus pada kali ini telah diisi dengan 6 slot selama dua hari bersama para pengisi yang berlainan mengikut bidang kemahiran masing-masing.

Semoga kursus ini dapat membantu para guru SRITI dalam mendidik murid-murid SRITI dengan lebih berkesan sekaligus menjayakan moto SRITI Negeri “Melahirkan Generasi Rabbani Murobbi”.

Jabatan SRITI Negeri Kelantan

jabatansritikelantan@gmail.com

+60 13-854 5417

Syabab Point, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Sentiasa Bersama SRITI

Scroll to Top