TAKLIMAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SRITI NEGERI KELANTAN

10 MAC 2020, KOTA BHARU, KELANTAN – Sektor Pembangunan Akademik SRITI Negeri Kelantan telah menganjurkan program Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Peringkat Negeri Kelantan. Kursus yang telah berlangsung dengan jayanya ini bertempat di Dewan SRITI Tahfiz Al-Fateh Kota Bharu, Kelantan.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan (SUP) SRITI Negeri Kelantan mengenai Kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Pengisian Template Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan betul berdasarkan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai 20 orang GPK dan SUP dari sepuluh SRITI seluruh Negeri Kelantan telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Peringkat Negeri Kelantan ini telah menjemput Encik Zakaria Bin Mat Yasin yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Jabatan Kementerian Negeri Kelantan sebagai pembentang taklimat ini.

Dalam perbentangan ceramah beliau , beliau banyak penekankan berkaitan teknik – teknik yang mudah untuk guru-guru untuk mengendalikan urusan pengisian template Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Tahniah buat Sektor Pembangunan Akademik (SPA) SRITI Negeri Kelantan kerana berjaya menganjurkan program Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sangat bermanfaat ini. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat menambah pengetahuan sekaligus dapat membantu peserta untuk lebih memahami berkenaan PBD ini.

Jabatan SRITI Negeri Kelantan

jabatansritikelantan@gmail.com

+60 13-854 5417

Syabab Point, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Sentiasa Bersama SRITI

Scroll to Top